KOLEKSI KOMIK KAHER

rokid_3_front

ROKID #3 : EKSPLORASI LAUTAN (STEMESTA)
RM16.00 / RM18.00 (SS)
Beli komik

"Komik sains adalah medium pendidikan kreatif yang berkesan dalam menyampaikan maklumat sains secara menarik dan tidak membosankan. Pendekatan visual yang digunakan memudahkan pemahaman serta membolehkan akses pembelajaran kepada pelbagai peringkat umur. Selari dengan keperluan generasi visual dan digital masa kini, komik sains berperanan meningkatkan minat, motivasi, dan keterlibatan pembaca untuk meneroka dunia sains yang sarat dengan ilmu pengetahuan."

PUAN ASUZA BINTI ABDUL HAMID
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sekyen 27 (2) Shah Alam

ISBN: 978-629-7858-23-4
Mukasurat: 112
Saiz: 5.5 x 8
Tarikh Terbit: 27 Feb 2026
Karya: Kaher

dc_anaz_front

DIARI CONTENG ANAZ: KEBUN KECIL NENEK
RM14.00 / RM16.00 (SS)
Beli komik


Sepanjang cuti sekolah kali ini, saya dan adik perlu tinggal bersama nenek di kampung kerana ibu dan ayah perlu bekerja di luar negeri. Pada awalnya, kami agak sedih dan kecewa. Namun, apabila difikirkan semula, seronok juga dapat tinggal di rumah nenek. Nenek suka bawa kami jalan-jalan, belikan kami mainan, dan masakan nenek pun sedap-sedap belaka!
Satu hari, nenek bawa kami ke kebun. Indah sungguh pemandangan di situ yang menghijau dengan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan. Kami turut membantu nenek memetik beberapa hasil tanaman. Alangkah gembiranya dapat menikmati semua itu secara percuma.

Jika dijual, boleh dapat duit pula!
Disebabkan itu, kami berangan-angan mahu ada kebun sendiri seperti nenek. Tanpa disangka, nenek berikan kami satu sudut di kebun itu untuk kami bercucuk tanam.
Wah, ini sungguh mengujakan! Tapi, saya dan adik tidak tahu apa-apa tentang berkebun. Apa kami berdua patut buat? Ayuh, ikuti kisah kami dan kebun nenek dalam buku ini.

ISBN: 978-629-7708-52-2
Mukasurat: 112
Saiz: 5.5x8
Tarikh Terbit: 31 Dec 2025
Karya: Kaher

lgk3_front

LAWAK GADIS KOMIK #3: ARTIS BARU
RM12.00 / RM14.00 (SS)
Beli komik

Setelah sekian lama menyepi, kini Muffy dan Mekwa muncul kembali dengan kisah gila-gila mereka berdua sebagai pendatang baru dalam dunia penerbitan komik dan peminat tegar komik tempatan.

ISBN: 978-629-7708-52-2
Mukasurat: 112
Saiz: 5.5x8
Tarikh Terbit: 21 Sep 2023
Karya: Kaher

lawak gadis komik 1

DUNIA KARTUN:
LAWAK GADIS KOMIK #1
RM7.90 / RM8.90 (SS)
Tiada ulang cetak

Ikuti pelbagai kisah lucu Muffy, seorang gadis yang bercita-cita mahu menjadi pelukis komik di samping rakan serumahnya, Mekwa. Bermacam-macam halangan mereka perlu tempuhi sebelum berjaya menjadi pelukis komik.

ISBN: 978-967-411-309-4
Mukasurat: 128
Saiz: 5.5 x 8
Tarikh Terbit: 27 Feb 2026
Karya: Kaher

lawak gadis komik 2 front

LAWAK GADIS KOMIK #2: BERANI MENCUBA
RM7.90/RM8.90 (SS)
Beli komik

Menjadi artis komik bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi di Malaysia. Apatah lagi jika anda seorang perempuan. Tidak sedikit yang berputus asa dan mengalah di awal perjalanan dalam mengejar impian dalam bidang ini.

Namun, tidak bagi Muffy dan Mekwa, gadis-gadis yang kental dan tebal minat mereka terhadap komik. Lawak Gadis Komik adalah kisah tentang mereka berdua, yang tegar menyelam dalam dunia komik yang majoritinya dipelopori oleh lelaki.

ISBN: 978-967-481-014-6
Mukasurat: 112
Saiz: 5.5x8
Tarikh Terbit: 24 Apr 2017
Karya: Kaher

Rokid2 bateri kristal

ROKID #2:
BATERI KRISTAL
RM8.00 / RM9.00 (SS)
Beli komik

Kisah silam kembali menghantui Profesor Dee. Demi menebus kesilapan lalu, beliau nekad melakukan sesuatu. Kai, remaja yang memiliki bakat semula jadi dalam bidang robotik, diambil sebagai anak didik dan pembantu di samping Rokid yang sentiasa ada di sisi.

Namun, sampai bilakah Profesor Dee mahu menyembunyikan diri? Sedangkan musuh tidak pernah berdiam diri daripada terus memburu.

ISBN: 978-967-481-207-2
Mukasurat: 112
Saiz: 5.5x8
Tarikh Terbit: 10 May 2019
Karya: Kaher

budak_robot_kompilasi
BUDAK ROBOT & KOLEKSI KOMIK TERBAIK KAHER
RM10.00 / RM12.00 (SS)
Beli komik

Terbaik dalam buku ini:

- Himpunan komik menarik dan terbaik karya Kaher di Komik-M. 100% berwarna!

- Bonus: Tip dan panduan berkomik gaya Kaher

- Bonus: Koleksi lakaran dan ilustrasi terpilih Kaher

ISBN: 978-967-481-261-4
Mukasurat: 112
Saiz: 5.5 x 8
Tarikh Terbit: 11 Oct 2019
Karya: Kaher